Suka Bloq Ini ?

Rahim Hanya Ada Satu


Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.


RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......
 

Cara Menghitung Masa Subur Wanita


Menghitung masa subur kitaran haid normal :
Jika kitaran haid terjadi setiap 28 hari
- Hari pertama adalah hari pertama haid
- Hari ke 12-16 adalah masa subur

Contoh
Jika wanita mula datang haid pada 5 Mac
Hari pertama adalah pada 5 Mac

Hari ke 12 adalah pada 16 Mac
Hari ke 16 adalah pada 20 Mac

Jadi masa subur adalah pada 16-20 Mac. Untuk pasangan yang ingin memiliki anak, lakukan hubungan suami isteri pada hari tersebut.

Menghitung masa subur kitaran haid tidak normal :
Untuk kitaran haid yang tidak normal atau tidak teratur, 6 bulan diperlukan untuk mengira masa subur.
- Rekod kitaran haid sebanyak 6 kali atau 6 bulan berturut-turut
- Satu kitaran haid dihitung sejak hari pertama haid bulan ini sampai hari pertama haid bulan berikutnya
- Menentukan hari pertama masa subur = jumlah hari terpendek selama 6 kali kitaran haid dan ditolak 18
- Menentukan hari terakhir masa subur = jumlah hari terpanjang selama 6 kali kitaran haid dan ditolak 11

Rumusan
- Hari pertama masa subur = jumlah hari terpendek - 18
- Hari terakhir masa subur = jumlah hari terpanjang - 11

Contoh
Seorang istri selama 6 kali kitaran haid didapati kitaran terpendek 25 hari dan terpanjang 31 hari.
Masa subur wanita itu adalah
Masa subur untuk hari pertama : 25 - 18 = 7
Masa subur untuk hari terakhir : 31 - 11 = 20

Jadi masa subur wanita itu adalah dari hari ke 7-20 dihitung sejak hari pertama haid.


Copyright @ Mama Auni