Suka Bloq Ini ?

Tips Elak Diri Dari Mengumpat

Hua..hua.. sebut pekataan mengumpat ni ramai lagi hamba allah kat luar tu yg suka akan aktiviti ni..
secara tidak sengaja atau sengaja mencari topik untuk dijadikan bahan bualan di petang hari kan..kan.. kadang² tu dh dijadikan satu hobi.. mengumpat bukan saja sinonim dgn pompuan tp laki² pun ada..Maksud mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu.. bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk seseorang itu..


kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat @ sesi mengata ni...  
  
1) Elak dari berkumpul / lepak dgn geng² yg suka mengumpat ni..kenalpasti kawan² yg suka mengumpat.lebih² lagi jenis yg petang² suka pergi kerumah jiran ..memang seronok mgata org ckp tu ckp ni..masa dh bersama tu memang susah nak buat teguran kan lbh² kalau org yg mgumpat tu lebih tua dr kt..

2)Elakkan dr menyambung cerita umpatan itu..kalau tiba² geng kt tu tadi bercakap tentang aib nya seseorang tu JANGAN menyambung cerita nya..kerana silap² ko yang kena balik..haa..kalau la org di umpat tu tadi tahu yg korang mengumpat tntang dia nanti ko jugak yg kena..

3)sebelum nak mengata tu cuba bayangkan diri kt sendiri yg dikutuk..mesti sakit hati kan..haa, mcm tu jgak la apa yg org lain rasakan..cuba cari topik yg menarik ckit selain dr cari keburukan org contohnya buat lawak ke ,bergurau ke...

4)Ingat ! org yang mengumpat tu menambahkan dosa lagi ada tp org yg di umpat tu di beri pahala percuma.jadi renung² kan lah ok..


Berhati-hatilah dalam apa jua tindakan yg korang nak ambil. Elakkan dari mengata orang lain kerana ia hanya akan mengundang dosa.manusia kalau hatinya dah kotor  suka bercakap keburukan org tp kalau hati nya bersih dia tidak suka bercerita.
 

5 Sebab Hati Tidak Bahagia


PEMARAH
Paling mudah dikesan dan sifat itu yg paling byk dlm diri manusia bkn?

PENDENDAM
Ibarat mengumpul lahar dlm dada.sentiasa mencari masa utk membalas dendam.

TAMAK
Orang yang sentiasa tidak puas dgn sedikit.lagipun org yg tamak selalunya rugi.biarlah rezeki yg kita dpt sedikit asalkn berkat..
TIDAK SABAR
Pekara kecil pun tidak dpt bersabar apatah lagi hal-hal yg besar.
EGO
Orang yang memiliki sifat ini pantang dicabar

Petua Wajah Berseri

Disini terdapat beberapa petua untuk menaikkan seri muka dgn cara islam..amalkan selalu ...

PETUA 1
Jangan mencuci muka dgn cleanser pada waktu pagi kerana amalan ini boleh menghilangkan seri wajah.
Gunakan 3 jari tengah  untuk menggosok muka semasa mencuci muka.
cuci muka sebelum tido.

PETUA 2
sentiasa berwudhuk dan biarkan ia sehingga kering

PETUA 3
Berselawat 3 kali dan tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan berdoa

PETUA 4
Membaca doa ketika melihat cermin
"sebagaimana engkau mempercantikkan rupaku , maka cantikkanlah budi pekertiku.."

PETUA 5
Amalkan Surah Yusuf (ayat : 4 )

Petua Jernihkan Minyak Masak Terpakai

  Pasti ramai ibu² , kakak²  yang meggunakan balik minyak masak yang baru saja skali digunakan atas sebab penjimatan atau minyak masih elok..kan kan??aku ni pun slalu buat mcm tu..hehe..tp ada kebaikan nya juga tau..sebenarnya byk petua utk membersih @ menjernihkan minyak yg terpakai ni..terpulang la utk korang kan.. 


    Utk jernihkan semula minyak masak yg terpakai ni ambil sedikit HALIA dan potong nipis².gorengkan halia yg siap dipotong tadi tu di dlm minyak yg terpakai tdi..insya allah minyak tu jernih seperti minyak baru.. GARAM HALUS juga boleh digunakan..selepas menggoreng ikan @ ayam taburkan garam halus di atas minyak..jgn byk hanya secubit sahaja.krna garam halus ni mampu menyerapkan minyak yg keruh.ASAM KEPING juga mampu menyerapkan minyak yg dh hitam.bagi yg ingin mencuba boleh la meletak kan asam keping tu kat dalam minyak yg dh sejuk selepas menggoreng..







                                    *SELAMAT MENCUBA*

Petua Melembutkan Tapak Tangan

Ramai yg diluar sana mempunyai tapak tangan yg agak kasar especially bg perempuan yg kerap membuat tugasan di rumah..penggunaan losyen pun kdg² tidak memberikan hasil yg di ingin kan..bg yg ingin mencuba petua tradisional ni boleh la mencuba beberapa petua yg ada ni..




HAMPAS KELAPA
hampas kelapa yg sudah diperah tu boleh la digunakan dgn menggosok @ meramaskan nya di kedua² telapak tgn kt tu..amalkan slalu insya allah tgn boleh menjadi lembut..

HAMPAS TEH 
cara nya sama juga dgn cara menggunakan hampas kelapa tadi tu..selepas habis membancuh jgn lh di buang..ambil hampas teh tdi ramas kedua² tapak tgn kt..cuba amalkan 2-3 kali smggu.insya allah berkesan.

UBAT GIGI  
selain utk menggosok gigi , ubat gigi ni pun bgus utk melembutkan tangan kt..culit sedikit di tapak tgn kt yg basah kemudian sapu hingga mengeluarkan buih.lepas tu bilas..amalkan selalu..

MINYAK ZAITUN 
minyak zaitun ni byk kelebihan nya.boleh juga di amalkan menyapu ditangan kt .ianya juga boleh melembabkan kulit.. 

                 
                                *SELAMAT MENCUBA*

Moon Couture Skirt Giveaway


Sebut jer online shopping ni, haa korang penah tak dgr satu butik MOON COUTURE ?? Mungkin ramai yg masih x tahu .apa yg best nya pasal butik ni mereka ada menjual pelbagai baju² , tudung , maxi skirt , baju kurung dgn pilihan perbagai warna2 yang cantik dan macam² lagi lah.yg ohsem nya sekarang ni moon couture telah produce design maxi & skirt  jenama mereka sendiri..waa gitu..
Bagi yg berbadan kurus mahupun berbadan besar x perlu bimbang sebab moon couture juga ada menyediakan saiz kecil hingga lah saiz besar.wow !dh la cantik harga pun berpatutan..apa tunggu lagi jom shopping ..

               maklumat lanjut
            Blog : www.mooncoutures.com
          Facebook : www.facebook.com/Bawalchantique 
(Alang² dah usha blog dgn fb tu follow & like la skali utk mengetahui fesyen terbaru mereka)






Sekarang ni  moon couture nak bagi FREE MOON COUTURE SKIRT & WANG TUNAI RM100 !!!
haa , suka takk ?suka takk ?? Nak tahu caranya ???

 Mudah jer,
  1. TULIS pasal Moon Couture di blog @ web anda mengikut kreativity anda
  2. MESTI includekan link web (www.mooncoutures.com) & alamat facebook (www.facebook.com/Bawalchantique) .
  3. COMMENT alamat blog anda di sini,selepas selesai.
  4. MUDAHKAN! :-)

3-5 pemenang bertuah yang terpilih tu akan menerima moon couture FREE
THE BEST OF THE BEST akan menerima WANG TUNAI RM100

                        

            TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 30 SEPT  
            TARIKH PENGUMUMAN PEMENANG : 6 OCT

 p/s : suka tau klau pakai skirt ni sbb lebih nampak ayu..hehee

Lelaki Tertua Malaysia Meninggal Dunia Pada Usia 117 Tahun


Abdul Rahman Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai pak Man dipercayai berusia 117 tahun meninggal dunia dirumah nya di Kampung Denger ,Bukit Puteri semalam..Beliau meninggal di pangkuan isteri nya yg ke-8 , Saadiah Hamat (71 thn) & salah seorang anak mereka Mohamad Deraman (56 thn) . beliau meninggal kerana sakit tua setelah tidak berselera makan dan minum sejak 2 bulan yg lalu..Abdul Rahman yang pernah menerima anugerah dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sebagai Ikon Warga Tua Sihat, dipercayai lahir pada tahun 1895 namun pada kad pengenalannya tercatat tarikh lahirnya sebagai 20 Julai 1907.Hasil dr 8 perkahwinan nya , allahyarham dikurniakan 5 org anak (2 lelaki & 3 perempuan) ,di samping 25 org cucu , 6 cicit dan 4 piut .Pak Man yang pernah bekerja sebagai tukang rumah, pernah memberitahu untuk menjaga kesihatan, beliau tidak mengambil makanan manis, masin dan berkolesterol. Malah beliau tidak meminum air batu dan merokok sebalik nya makanan yang diambilnya lebih banyak berasaskan sayur.Sepanjang usianya juga, beliau dikatakan tidak pernah mengidap kencing manis, darah tinggi atau sakit jantung & juga tidak bertongkat @ bercermin mata utk membaca al-Quran. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Denger sebelum solat Zohor hari ini.


p/s : Al fatihah buat allahyarham .semoga roh nya di tempatkan dlm golongan orang yg soleh & beriman..Amin..

Copyright @ Mama Auni