Suka Bloq Ini ?

apabila pensil dan pemadam berkata-kata

Pensil= Saya minta maaf.
Pemadam= Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah.

Pensil= saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesila...pan saya.

Pemadam=Itu betul✔ Tetapi saya
kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila² masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir.



antara perbualan pensil dan pemadam itu ada mksd yg tersirat..ianya jga menggambarkan kehidupan kita dgn ibu bapa.. Ibu bapa umpama pemadam dan kita adalah pensil..
Ibu bapa sentiasa disisi kita, jika kita melakukan kesilapan, mereka sentiasa memberi teguran dan jika kita bersedih, mereka akan cuba memadam kesedihan kita..
Tetapi kadang kala nya juga tanpa kita sedari kita juga ada melukakan hati mereka, mereka menjadi semakin kecil (tua dan uzur) dan pada masa ini kita seharusnya bertindak sbgai pemadam buat ibu bapa kita.
Walau kita ada pengganti baru (iaitu pasangan kita) tp ibu bapa usah dilupakan..
Sbbnya ~ ibu bapa benci melihat kita bersedih, sebaliknya mahu kita sentiasa gembira...

 




                       kalau suke tu like jer...^^

No comments:

Copyright @ Mama Auni