Suka Bloq Ini ?

Lelaki Tertua Malaysia Meninggal Dunia Pada Usia 117 Tahun


Abdul Rahman Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai pak Man dipercayai berusia 117 tahun meninggal dunia dirumah nya di Kampung Denger ,Bukit Puteri semalam..Beliau meninggal di pangkuan isteri nya yg ke-8 , Saadiah Hamat (71 thn) & salah seorang anak mereka Mohamad Deraman (56 thn) . beliau meninggal kerana sakit tua setelah tidak berselera makan dan minum sejak 2 bulan yg lalu..Abdul Rahman yang pernah menerima anugerah dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sebagai Ikon Warga Tua Sihat, dipercayai lahir pada tahun 1895 namun pada kad pengenalannya tercatat tarikh lahirnya sebagai 20 Julai 1907.Hasil dr 8 perkahwinan nya , allahyarham dikurniakan 5 org anak (2 lelaki & 3 perempuan) ,di samping 25 org cucu , 6 cicit dan 4 piut .Pak Man yang pernah bekerja sebagai tukang rumah, pernah memberitahu untuk menjaga kesihatan, beliau tidak mengambil makanan manis, masin dan berkolesterol. Malah beliau tidak meminum air batu dan merokok sebalik nya makanan yang diambilnya lebih banyak berasaskan sayur.Sepanjang usianya juga, beliau dikatakan tidak pernah mengidap kencing manis, darah tinggi atau sakit jantung & juga tidak bertongkat @ bercermin mata utk membaca al-Quran. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Denger sebelum solat Zohor hari ini.


p/s : Al fatihah buat allahyarham .semoga roh nya di tempatkan dlm golongan orang yg soleh & beriman..Amin..

No comments:

Copyright @ Mama Auni