Semua kenal dgn Datuk Dr Fadzilah Kamsah kan? seorang yg dikenali sebagai perunding motivasi & keluarga.disini ada beberapa petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri dlm melayari rumah tangga..
Doa yang berterusan.
Doa yang berterusan.
Patuh ajaran agama.
Murah dengan belaian kasih sayang.
Murah dengan sentuhan.
Mencari kebaikan pasangan.
Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
Tolak-ansur.
Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
Sanggup berkorban buat pasangan.
Menghormati pasangan.
Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
Mengawal marah. Buat perjanjian.
Menghormati sifat semula jadi pasangan.
Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
Banyakkan bergurau dan bermesra.
Sentiasa berterus terang.
Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
Lebih banyak memberi daripada menerima.
Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
Tidak terlalu mengongkong.
Tidak bertindak bersendirian.
Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t
RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAAML
2 comments:
thanks share..:)
Cutenyer...ank Auni.
Post a Comment