Suka Bloq Ini ?

Pesanan Buat Ibu-ibu Yang Nak Bersalin



Kepada ibu2 mengandung yang dah nak BERSALIN TU JOM TENGOK PESANAN INI

Teguran dan nasihat seorang doktor bersalin..jangan gelak ya kerana kata2 panas doktor ini

Cara posisi meneran yang tepat:

1.Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit kelengkang tu ha macam mana baby nak keluar? Geram betul kalau patient buat begitu.

2.Tangan pegang erat ke buku lali. Tarik buku lali saat meneran supaya at the same time membuka kelengkang anda.
Meneran bila perut tengah tegang / sakit. Bila tak sakit tak payah meneran, tak guna.

3.Sebelum meneran, tarik nafas panjangggggg sekali, dengan mulut tertutup.

4.Apabila menerat, angkat kepala, letakkan dagu di atas dada, mata terbuka dan memandang perut sendiri. Yelah takkan nak pandang perut misi kat sebelah pula?

5.Meneran seperti ingin berak? Bayangkan kau dah sembelit seminggu tak berak, bagaimana?

6.Jangan menjerit-jerit. Memekak sahaja. Korang sembelit nak terberak menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan? Buat hilang tenaga je kalau menjerit.

7.Jangan angkat pungung, badan menggeliat sana geliat sini. Buat penat je nanti.

8.Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak terkeluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita), teruskan meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran terlalu kuat. Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.

9.Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi pada tek-tek korang supaya baby kenal puting mak dia sendiri. Tapi kalau misi/doktor bawa lari baby korang selepas melahirkan, itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu. Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi korang balik.

10.Jangan nak kissing-kissing hubby lepas nak bersalin. Balik rumah boleh buat. Annoying betul, aku nak menjahit tut-tut yang dah terkoyak itu pun tak senang.

Ada siapa-siapa nak share pengalaman bersalin? Marilah!


1 comment:

Aku pengembara said...

Apa mimpi aku layan entry nie hah?? hahaha.. Btw. Info yg bermanfaat untuk bakal-bakal ibu di luar sana... :D

Copyright @ Mama Auni